Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    M-Image anjur peraduan kecantikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Seramai 12 orang kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun, baru-baru ini, telah menyertai Peraduan Miss Beauty Spa Photo anjuran M-Image Sdn Bhd sempena dengan pembukaan spa kecantikannya yang pertama.

    Peraduan yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu Miss Ambassador, Miss Beauty Spa, Miss Adorable dan Miss Stylo itu telah berjaya menarik minat kanak-kanak dan ibu bapa.

    Dalam peraduan itu, Dayang Myiesha Zuyyin binti Asraf, 5, diumumkan sebagai Miss Ambassador manakala itu, Dayang Nur Farhanah Qamarina Zahrah binti Mohd Fadzillah, 6, pula mendapat gelaran Miss Beauty Spa.

    Sementara itu, gelaran Miss Adorable dan Miss Stylo masing-masing dimenangi oleh Dayang Nur Rhianna Claro Ramli dan Dayang Nur Aqilah Danisha binti Haji Hanif.

    Gambar beramai peserta peraduan dengan mengenakan pakaian ala puteri-puteri semasa peraduan itu.

    Bagi ibu atau saudara perempuan yang ingin meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak perempuan mereka, Miss Beauty Spa menawarkan harga yang berpatutan agar semua orang dapat menikmati masa yang berkualiti bersama-sama di sana.

    Peserta peraduan juga berpeluang memilih pakaian dari Wardrobe Surprise dan diberi makeover percuma dan merakam gambar kenangan.

    Ibu Dayang Nur Farhanah Qamarina Zahrah iaitu Hajah Nur Fariza Munyati ketika ditemui menjelaskan, pertandingan berkenaan sangat menarik selain anak perempuannya juga berminat dalam mengenakan pakaian cantik dan suka memanjakan diri di spa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda