TAIPEI, 14 Mac – Bekas presiden Taiwan, Ma Ying-Jeou berdepan dakwaan baru hari ini dalam kontroversi pembocoran politik, beberapa minggu sebelum dia berdepan dengan kemungkinan penyabitan dalam satu lagi kes berkaitan.
Sementara masih menyandang jawatannya, Ma dilindungi oleh imuniti politik.
Tetapi sejak dia meletak jawatan sebagai pemimpin pada Mei tahun lalu dia telah dilanda pelbagai dakwaan rasuah dan dakwaan lain.
Parti Ma yang mesra dengan Beijing, Kuomintang telah berkuasa dari tahun 2008 hingga 2016, sebelum ia ditumpaskan oleh Tsai Ing-wen dan pembangkangnya, Parti Progresif Demokratik.
Pihak pendakwa Taiwan juga bertindak bagi pihak kerajaan, hari ini telah mendakwa Ma dengan tuduhan membocorkan rahsia tentang penyiasatan kehakiman sulit ke atas perdana menteri pulau itu pada masa itu, Jiang Yi-huah dan penolongnya pada tahun 2013.

Mereka juga menuduhnya mengarahkan pendakwa tertinggi supaya mendedahkan maklumat sulit kepada Jiang.
Penyiasatan tahun 2013 di tengah kontroversi itu menyiasat sama ada speaker parlimen pada masa itu – iaitu saingan politik Ma, telah mempengaruhi kes ke atas ahli undangan pembangkang.
“Meskipun Ma telah mengumumkan dia tidak tahu dan tidak akan campur tangan dengan penyiasatan yang sedang berjalan), dia telah membocorkan maklumat yang seharusnya dirahsiakan,” kata Chang Chieh-chin, jurucakap pejabat pendakwa.
Ma didakwa menyalahi akta pengawasan dan keselamatan perhubungan, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun.
Dia telah pun dihadapkan ke mahkamah sebanyak tiga kali berhubung dakwaan berasingan yang dikemukakan oleh seorang ahli undangan berkaitan pembocoran tentang penyiasatan kehakiman sama.
Tindakan mahkamah itu menuduh Ma meminta pendakwa raya supaya membocorkan rahsia kepadanya tentang penyiasatan itu. keputusan dijangkakan lewat bulan ini.
Ma adalah bekas presiden ketiga di Taiwan yang didakwa atas dakwaan jenayah. Presiden sebelumnya, Chen Shui-bian sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana rasuah sehingga dia dibebaskan atas parol kesihatan pada tahun 2015.
Lee Teng-hui didakwa menggelapkan dana kerajaan ketika menjadi presiden pada tahun 1988-2000, tetapi dibebaskan. – AFP