HONG KONG, 25 OGOS – Ribut tropika Ma-On mendarat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini selepas membawa hujan dan angin kencang ke Hong Kong, di mana pasaran saham ditutup bagi sesi pagi akibat taufan.
Penduduk di kawasan pesisir pantai sekitar bandar Maoming digesa menjauhi diri dari pesisir pantai pagi ini ketika taufan melanda pada jam 10:30 pagi, membawa angin kencang 118 kilometer sejam dan bergerak perlahan ke barat daya kira-kira 25km sejam, Perkhidmatan Meteorologi Awam Guangdong menyatakan. Jabatan itu menjelaskan ia mendarat sebagai taufan, namun kini semakin melemah ketika bergerak ke arah daratan di kawasan Guangxi, wilayah Yunnan dan utara Vietnam.
Seorang cedera dan laporan banjir serta pokok tumbang turut diterima oleh pihak berkuasa Hong Kong. Kira-kira 140 orang mendapatkan perlindungan sementara di bandar, manakala sekolah ditutup pada waktu pagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan. – AP