Maal hijrah terus disemarak

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Walkaton Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1440 memeriahkan Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, hari ini.

Walkaton anjuran Bahagian Riadah dan Hari Kebesaran Islam masjid tersebut turut disertai Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong selaku penaung takmir masjid berkenaan.

Ia juga disertai jemaah masjid, penduduk Kampung Sungai Akar dan peserta khatam 72 kali masjid tersebut.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali semasa memdengarkan tazkirah mengenai ilmu dan amal nadi wawasan negara.
Acara walkaton turut disertai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bersama jemaah yang lain.

Sebelum walkaton diadakan, sembahyang fardu Subuh berjemaah turut diadakan diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Awang Abdul Rahman bin Ajak yang antara lainnya menyentuh mengenai ilmu dan amal nadi wawasan negara.

Walkaton bertujuan mengamalkan cara hidup sihat selain mengeratkan hubungan silaturahim serta menyokong visi dan misi MRSB bagi menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir.