MAB, JAL lancar perkongsian perniagaan

KUALA LUMPUR, 10 JULAI – Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Japan Airlines (JAL) bersedia untuk melancarkan perkongsian perniagaan bersama pada 25 Julai 2020 iaitu dua syarikat penerbangan akan bekerjasama secara komersial dalam penerbangan antara kedua-dua negara.

Melalui perkongsian itu, MAB dan JAL akan menghadapi cabaran baharu untuk meningkatkan lagi kemudahan antara Jepun dan Malaysia serta membolehkan pelanggan mendapat manfaat daripada lebih banyak pilihan penerbangan.

“Dengan MAB menyambung semula penerbangan ke Jepun bermula Julai, kedua-dua syarikat penerbangan akan menawarkan empat perkhidmatan mingguan antara Kuala Lumpur-Tokyo Narita pada Julai dan Ogos,” menurut kedua-dua syarikat penerbangan itu dalam kenyataan bersama hari ini.

Inisiatif itu akan membolehkan MAB dan JAL untuk meningkatkan keupayaan mereka dan memanfaatkan kekuatan masing-masing. – Bernama