Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Macau Scam: Kerani rugi RM115,000

    BALIK PULAU, 28 Okt – Seorang kerani kerugian sebanyak RM115,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menghubunginya dan mendakwa lelaki itu mempunyai tunggakan pinjaman peribadi dengan sebuah bank.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata lelaki berusia 55 tahun itu menerima panggilan telefon pukul 3.00 petang pada Isnin daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya dari Mahkamah Kuantan serta memberitahu mangsa mempunyai tunggakan pinjamanperibadi sebanyak RM50,000.

    “Kemudian mangsa telah disambungkan talian ke Balai Polis Kuantan dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai sarjan Lau serta memberitahu kerani itu telah terlibat dengan penggubahan wang haram,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata lelaki yang mengaku polis itu mengarahkan mangsa memasukkan wang ke dalam dua akaun bank untuk siasatan polis serta pihak bank.

    Katanya, mangsa yang takut dan panik mengikut arahan sindiket itu dan bertindak memindahkan duit sebanyak RM55,000 ke dalam satu akaun dan RM60,000 dalam akaun berasingan keesokan hari (Selasa).

    Anbalagan berkata mangsa sekali lagi dihubungi oleh lelaki yang menyamar sebagai polis itu dengan memberi jaminan semua wang kerani itu akan dikembalikan selepas kesnya selesai.

    Katanya, lelaki itu hanya memberitahu anggota keluarganya selepas dia gagal menghubungi ‘sarjan Lau’ untuk bertanya mengenai perkembangan kes berkenaan pada Khamis (25 Okt) sebelum membuat laporan polis.

    “Anggota keluarganya memberitahu dia telah ditipu oleh sindiket Macau Scam dan mangsa yang berasal dari Sungai Nibong, dekat sini terus membuat laporan polis,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda