Macau Scam: Rugi lebih RM1.9 juta

TAWAU, 19 NOV – Polis Tawau membuka 18 kertas siasatan membabitkan kerugian lebih RM1.9 juta sindiket penipuan Macau Scam bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata bagi tempoh sama, polis turut menerima 83 aduan tetapi tidak disiasat ekoran tidak membabitkan kerugian selain pengadu tidak mahu siasatan polis.

Beliau mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon dengan kejadian terbaharu pada Jumaat lepas apabila seorang wartawan di daerah ini nyaris diperdaya sindiket yang menyamar sebagai kakitangan Telekom Malaysia (TM) dan polis. – Bernama