Macgregor dipilih duta baharu AS ke Jerman

WASHINGTON, 28 JULAI – Presiden Donald Trump memilih pesara tentera Kolonel Douglas Macgregor sebagai duta baharu Amerika Syarikat (AS) ke Jerman, lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan Rumah Putih semalam.

Sepanjang kariernya sebagai tentera, Macgregor pernah berkhidmat membantu pasukan Duta Richard Holbrooke dalam rundingan bagi menamatkan perang saudara di Bosnia-Herzegovina. Beliau juga penah mengetuai Pusat Operasi Bersama semasa kempen udara yang dipimpin AS di Kosovo, menurut kenyataan itu.

Beliau juga merupakan lulusan Akademi Ketenteraan AS di West Point.

Jawatan itu kosong sejak utusan sebelumnya, Richard Grenell, meletakkan jawatan pada Februari untuk menerajui Pejabat Perisikan Kebangsaan. – Bernama