Machin pengurus baharu Qingdao Huanghai

SHANGHAI, 23 JULAI – Bekas pengurus Sevilla dan Espanyol, Pablo Machin telah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Qingdao Huanghai kelmarin, hanya tiga hari sebelum Liga Super China (CSL) bermula.

Machin yang berusia 45 tahun itu menggantikan rakannya dari Sepanyol, Juanma Lillo, yang meninggalkan Qingdao untuk menjadi pembantu jurulatih Pep Guardiola di Manchester City.

Lillo dan bekas bintang veteran City, Yaya Toure, menerajui kelab dari timur laut China itu memenangi gelaran China League One musim lalu untuk mendapat promosi ke CSL.

Toure yang berusia 37 tahun juga telah pergi meninggalkan kelab. Machin sebelum ini bertugas di La Liga sebagai pengurus Espanyol, di mana dia hanya memenangi empat daripada 15 perlawanan sebelum dipecat pada Disember tahun lalu.

Machin juga pernah bersama kelab Girona dari 2014 hingga 2018, kemudian meninggalkannya untuk mengambil alih tugas di Sevilla, tetapi dipecat pada bulan Mac 2019 setelah baru sembilan bulan bekerja. – AFP