Machu Picchu hadkan jumlah pelawat

LIMA, 15 JUN – Kubu kota lama Inca Machu Picchu, permata pelancongan Peru, akan mengurangkan jumlah pelawat harian sebaik sahaja ia dibuka semula pada Julai, kata pegawai,

Berdasarkan keperluan mengamalkan penjarakan sosial dan langkah lain untuk membendung penularan koronavirus, hanya 675 pelawat dibenarkan masuk setiap hari, satu perempat daripada jumlah biasa, beritahu Jean Paul Benavente, gabenor rantau Cusco, kepada AFP.

Pemandu akan mengetuai kunju-ngan yang terdiri daripada tujuh pelawat, dan mereka diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung.

Pembukaan semula pada Julai dikaitkan dengan pembatalan langkah perintah berkurung yang dikenakan sejak 16 Mac, kata gabenor.

Lapangan terbang di Peru masih ditutup untuk sekarang dan banyak kedai juga ditutup. Meskipun langkah ketat di negara Amerika Latin itu, ia mencatat jumlah kes kedua tertinggi di rantau pada 225,000, selain 6,500 kematian.

Kerajaan mengumumkan pelan pada Mei untuk memulihkan industri pelancongan dengan menawarkan kemasukan percuma ke taman simpanan dan tapak arkeologi termasuk Machu Picchu untuk kanak-kanak, pekerja awam dan warga emas.

Pelawat Peru boleh menaiki kapal terbang sekali lagi pada Julai atau Ogos, tetapi berhubung keputusan mengenai pembukaan semula sempadan, masih tidak jelas bila pelawat asing akan kembali.

Sebelum pandemik, Machu Picchu melihat 2,000 hingga 3,000 pelawat sehari, dengan 5,000 dalam musim kemuncak. Pandemik telah meng-akibatkan kejatuhan dalam industri pelancongan Peru. Di bandar Cusco, ibu negara Inca yang terletak 70 kilometer dari Machu Picchu, pelancongan menggaji 100,000 orang. – AFP

Anggota suruhanjaya pihak berkuasa dan pakar pimpinan gabenor Cusco melawat kota kubu Inca Machu Picchu untuk menilai protokol kesihatan dan penjarakan baharu sebelum dibuka semula kepada orang awam pada 1 Julai. – AFP