Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Macron bakal rombak kerajaan

PARIS, 20 MEI – Presiden Perancis Emmanuel Macron akan merombak kerajaannya hari ini sebelum pilihan raya parlimen pada bulan depan, yang mungkin menyaksikan perubahan dalam kementerian luar dan pertahanan.

Pemimpin negara berusia 44 tahun itu, dipilih semula pada akhir April, menamakan bekas menteri buruh Elizabeth Borne sebagai perdana menteri pada Isnin, menjadikannya wanita pertama yang mengisi jawatan itu dalam lebih 30 tahun.

Spekulasi media selama beberapa hari ini mengenai komposisi kabinet bakal berakhir lewat hari ini apabila seluruh kerajaan diumumkan.

“Jelasnya kami tidak bersikap berlengah-lengah. Saya boleh memberi jaminan bahawa kami sedang mengusahakannya,” kata Borne semalam apabila ditanya mengenai penangguhan dalam pengumuman menteri-menterinya.

Presiden mengesahkan pada pagi ini bahawa pengumuman akan dibuat pada lewat hari ini oleh ketua kakitangan Macron.

Menteri Pertahanan Florence Parly dipercayai akan bersara meskipun peperangan di Ukraine, dengan masa depan Menteri Hal Ehwal Negeri Luar Jean-Yves Le Drian juga dikatakan belum pasti.

Perubahan sedemikian di tengah perang terbesar di Eropah dalam beberapa generasi akan mengundang kebimbangan, walaupun Macron telah memimpin Perancis dalam respons terhadap krisis yang dihadapi.

Negara memerlukan majoriti parlimen dalam pilihan raya pada bulan depan untuk meneruskan agenda pembaharuan domestik yang termasuk pembaik pulih dalam kebajikan dan pencen serta lebih banyak potongan cukai.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Bruno Le Maire dan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin dijangka mengekalkan jawatan mereka. – AFP

Presiden Perancis Emmanuel Macron menunggu untuk menyambut ketibaan presiden Moldova di Istana Elysee di Paris pada 19 Mei 2022. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -