Macron bincang bangun semula Notre Dame

PARIS, 19 April – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menjadi tuan rumah kepada pejabat-pejabat dari agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, di mana dia dijangka menyusun semula perancangan untuk pembinaan semula Katedral Notre Dame.

Beliau akan bertemu dengan delegasi negeri dari UNESCO, yang mengawasi isu-isu warisan global, di Istana Elysee hari ini.

Macron komited dan terus berusaha untuk membina semula bangunan warisan dunia itu dengan kadar segera selepas nahas kebakaran yang berlaku terhadap bangunan itu baru-baru ini.

Hasratnya yang pada mulanya merancang untuk membina semula bangunan itu dalam tempoh lima tahun kurang diyakini.

Macron telah menyampaikan ucapan hari ini yang menetapkan rancangan yang lama ditunggu-tunggu untuk membanteras kegiatan bantahan terhadap kerajaan yang telah menjejaskan jawatan presidennya, tetapi ia ditangguhkan selepas kebakaran bangunan itu berlaku. – AP

Presiden Perancis Emmanuel Macron ketika memberikan kata-kata penghargaan kepada sepasukan anggota pemadam kebakaran dan keselamatan yang mengambil bahagian dalam usaha untuk memadamkan kebakaran di Katedral Notre Dame pada 18 April lalu. – AP