Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Macron dedah bajet pertama yang rumit

    PARIS, 27 Sept – Kerajaan Emmanuel Macron mendedahkan bajet tahunan pertamanya hari ini yang ditetapkan termasuk pengurangan cukai besar bagi para pelabur kaya yang dilihatnya sebagai penting bagi agenda mesra perniagaannya.

    Presiden berhaluan tengah berusia 39 tahun itu berdepan tekanan untuk menyampaikan janji kempennya pada 2018 yang memerlukan tindakan seimbang rumit antara pengurangan perbelanjaan dan menurunkan cukai.

    Macron telah membuat keutamaan ke atas pengurangan defisit Perancis dalam bidaan untuk memperoleh kredibiliti bersama Canselor Jerman, Angela Merkel dan para pemimpin lain ketika dia berusaha mencari reformasi besar dalam Kesatuan Eropah.

    Namun kerajaan telah merendahkan cita-citanya bagi pengurangan perbelanjaan, menetapkan sasaran sebanyak 16 bilion euro (AS$18 bilion) daripada sebaliknya sasaran lama 20 bilion. – AFP

    Presiden Emmanuel Macron semasa menyampaikan ucapannya di amfiteater Universiti Sorbonne, Paris pada 26 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda