Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Macron gesa ‘perbincangan baharu’ dengan Ukraine

    MIHAIL KOGALNICEANU, ROMANIA, 15 JUN – Presiden Perancis, Emmanuel Macron kelmarin menggesa ‘perbincangan mendalam baharu’ dengan Ukraine, tanpa mengesahkan sama ada beliau akan berkunjung minggu ini ke Kyiv seperti yang dilaporkan oleh beberapa saluran media.

    “Kesatuan Eropah (EU) pada masa ini sedang mengalami situasi geopolitik yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya selepas bertemu dengan tentera Perancis yang ditempatkan di Romania kelmarin.

    “Konteks politik dan keputusan yang perlu diambil oleh EU dan beberapa buah negara mewajarkan perbincangan mendalam dan kemajuan baharu.”

    “Kami, EU, perlu menghantar isyarat politik yang jelas ke Ukraine dan rakyat Ukraine, yang telah tabah menentang peperangan selama beberapa bulan,” kata Macron, bercakap bersama Presiden Romania, Klaus Iohannis.

    Beliau turut menambah, perbincangan tersebut harus ‘bersifat baharu’, termasuk mengenai peralatan ketenteraan, pembiayaan dan membuka sekatan penghantaran gandum Ukraine yang terjejas oleh pencerobohan Rusia ke atas jirannya, yang bermula pada Februari lalu. Macron dilaporkan tiba di Romania pada Selasa lalu.

    Beliau makan malam bersama tentera Perancis di pangkalan Mihail Kogalniceanu berhampiran Laut Hitam dan memutuskan untuk bermalam di khemah dan bukannya hotel, menurut pejabat Elyseenya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...