Macron kunjungi bekas kubu kuat kumpulan IS

MOSUL, IRAQ, 29 OGOS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini mengunjungi bekas kubu kumpulan pejuang IS Iraq, Mosul, sehari setelah berjanji untuk mengekalkan tenteranya di negara itu.

Dalam ucapannya di Gereja Our Lady of the Hour yang musnah, merupakan agensi kebudayaan PBB, UNESCO berusaha untuk memulihkannya semula, Macron menggesa komuniti agama Iraq agar ‘bekerjasama’ untuk membina semula negara itu.

“Kami akan mengembalikan konsulat dan sekolah (Perancis),” dia berjanji, sambil mengkritik langkah pembangunan semula di Mosul, tapak IS melakukan pertempuran terakhir di kawasan bandar, sebagai ‘terlalu perlahan’.

Bandar Mosul yang kebanyakannya ditawan semula daripada IS pada tahun 2017 setelah tiga tahun.

Macron memberikan komitmen kepada Perancis untuk tetap berada di Iraq semasa sidang kemuncak wilayah di Baghdad yang sebahagian besar ditujukan bagi memerangi keganasan dan kesan pengambilalihan Taliban terhadap Afghanistan ketika AS mengundurkan diri.

“Tidak kira apa pilihan yang dibuat oleh AS, kami akan tetap berada di Iraq untuk memerangi keganasan,” katanya pada sidang akhbAar semalam.

Kunjungannya ke Mosul, di kawasan masyarakat pelbagai etnik dan agama Iraq, melambangkan sokongan Perancis kepada penganut Kristian di Timur Tengah.

Perancis, yang membiayai sekolah-sekolah Kristian berbahasa Perancis di rantau itu, bertujuan untuk membela nasib penganut Kristian di Timur Tengah, serta minoriti lain.

“Mesej ini bersifat ketamadunan tetapi juga geopolitik. Tidak akan ada keseimbangan di Iraq jika tiada rasa hormat terhadap masyarakat ini,” kata Macron menjelang lawatannya.

Macron juga berhenti di lokasi masjid Al-Nuri Mosul, di mana pemimpin IS, Abu Bakar al-Baghdadi telah mengisytiharkan penubuhan ‘khalifah’ pada tahun 2014. – AFP

Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa mengadakan lawatan di bandar kedua Mosul di Iraq, di wilayah Nineveh utara, semalam. – AFP