PARIS, 25 April – Emmanuel Macron, sentris pro globalisasi dan Marine Le Pen, anti imigresen hari ini menghadiri satu upacara bagi memberi penghormatan kepada seorang anggota polis yang dibunuh oleh seorang pejuang jihad dalam serangan di Champs Elysees, ketika mereka meneruskan dengan persaingan bagi merebut jawatan presiden Perancis.
Kedua-dua calon jelas berbeza tentang bagaimana melindungi Perancis, dengan Le pen menggesa negara mengambil semula kawalan ke atas sempadannya dari Kesatuan Eropah (EU) dan menghantar pulang semua warga asing yang dalam senarai pemerhatian keganasan. Macron, seorang penyokong sempadan terbuka, menggesa warganegara Perancis tidak ‘menyerah kepada ketakutan’.
Karim Cheurfi, warga Perancis berusia 39 tahun, menembak mati seorang pegawai polis Xavier Jugele dan mencederakan dua orang lagi di jalan Paris yang terkenal di dunia pada Khamis lalu dalam serangan yang mana Kumpulan Islam IS mengaku mendalanginya. Cheurfi terbunuh dalam tembakan balas.
Presiden Francois Hollande akan memberi penghormatan kepada Jugele pada satu upacara yang diadakan di kawasan polis Paris beliau ketika mana beliau akan menganugerahkan salah satu penghormatan tertinggi Perancis dan selepas kematiannya diberikan pangkat Kapten.
Pusingan pertama pilihan raya presiden pada Ahad lalu menyaksikan Macron dan Le Pen mengatasi calon parti biasa Perancis, yang mendedahkan negara kepada keadaan yang begitu berbahagi apabila mereka mara ke pusingan kedua pada 7 Mei akan datang.
Macron jelas orang yang menjadi kesukaan menjadi presiden termuda Perancis selepas mendahului pusingan pertama dengan 24 peratus undi, mengatasi ketua parti Barisan Kebangsaan, Le Pen yang meraih 21.3 peratus undi, menurut keputusan muktamad.
Hollande semalam menggesa para pengundi supaya menolak Le Pen, dengan memberi amaran ‘risiko kepada negara kita’ akan kemenangan parti berhaluan kanan dan berkata beliau sendiri akan mengundi Macron yang telah berkhidmat sebagai menteri ekonomi beliau selama dua tahun. Berterima kasih kepada Hollande melalui Twitter di atas sokongannya, bekas pengurus bank pelaburan itu menyeru rakyat Perancis supaya ‘terus memegang nilai-nilai Perancis’ dalam pusingan kedua. – AFP