Macron: Lukashenko mesti letak jawatan

PARIS, 27 SEPT – Presiden Perancis, Emmauel Macron hari ini berkata bahawa pemimpin Belarus, Alexander Lukashenko mesti meletak jawatan, selepas Kesatuan Eropah (EU) enggan mengiktirafnya sebagai presiden negara bekas jajahan Soviet yang sah.

“Sangat jelas dia mesti meletak jawatan,” kata Macron memberitahu Journal du Dimanche sebelum mengadakan lawatan ke negara anggota EU, Lithuania dan Latvia, yang bersempadan dengan Belarus.

“Ini merupakan krisis kuasa, pihak berkuasa tidak dalam menerima logik demokrasi dan dibuat secara paksa. Ia adalah jelas Lukashenko harus meletak jawatan.

Puluhan ribu penduduk telah mengadakan bantahan di jalan-jalan raya di Belarus sejak pilihan raya pada 9 Ogos di mana pemimpin parti pembangkang, Svetlana Tikhanovskaya dikatakan telah memenangi pilihan raya, meskipun Lukashenko memaklumkan bahawa dia telah menang dengan sebulat suara.

Pemimpin tersebut telah menjalankan tindakan keras terhadap para pembantah – mengecam Barat tetapi menyokong dari Moscow.

Minggu ini dia telah menyaksikan bantahan baharu dan kritikan dari negara Barat selepas dia mengadakan majlis perasmian secara rahsia untuk diri sendiri.

Macron hari ini berkata dia ‘kagum dengan keberanian para pembantah”.

“Mereka mengetahui risiko yang mereka ambil setiap hujung minggu, dan mereka masih mendesak dengan bantahan itu untuk menjadikan demokrasi yang lebih baik di negara yang telah lama kehilangannya,” katanya.

“Wanita secara khususnya, yang turun membuat bantahan setiap hari Sabtu, berjaya mendapat penghormatan kami,” tambahnya.

Lebih dari 90 orang – yang kebanyakannya adalah wanita – telah ditangkap pada Sabtu semasa perhimpunan pihak pembangkang, menurut salah sebuah anggota NGO. – AFP