Macron mahu ‘keseimbangan’

KAHERAH, 28 Jan – Presiden Emmanuel Macron semalam berkata Perancis mahu mengekalkan ‘keseimbangan’ dalam gabungan di antara pengeluar kereta Renault dan Nissan ekoran penahanan Carlos Ghosn di Jepun.

“Kami sentiasa berjaga-jaga untuk memastikan keseimbangan gabungan dipelihara,” kata Macron ketika sidang media pada hari pertama lawatan ke Mesir.

“Saya tidak percaya apa yang sedang berlaku. Ia merupakan kes individu, mungkin menterbalikkan keseimbangan gabungan yang telah menunjukkan kestabilan,” tambah Presiden Perancis itu.

Renault pada masa sekarang memiliki 43 peratus daripada pengeluar kereta Jepun Nissan, yang sendirinya mempunyai 15 peratus saham dalam syarikat Perancis dan 34 peratus dalam Mitsubishi Motors.

Satu pembaikpulih kumpulan selepas penahanan ketua eksekutif Ghosn di Jepun pada November, atas dakwaan melaporkan kurang pendapatannya, mungkin menjejas pengaruh Renault.

Macron (kiri) dan isterinya, Brigitte ketika mengadakan lawatan ke Abu Simbel di selatan Mesir kelmarin. – AFP

Macron berkata beliau telah membincang Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengenai situasi yang menyelubungi penahanan eksekutif warga Perancis-Brazil-Lubnan itu.

“Saya hanya mengambil berat nasib warga Perancis yang menghormati kesopanan minimum yang dijangkakan oleh kami,”kata beliau.

Macron berkata beliau telah memberitahu Abe beberapa kali bahawa beliau fikir masa Ghson dalam penjara adalah ‘amat lama’ dan menggambarkan keadaan di mana beliau ditahan sebagai ‘keras’.

Bercakap pada pagi ini di Tokyo, jurucakap kerajaan Jepun Yoshihide Suga mempertahan sistem kehakiman negara, sementara enggan mengulas lanjut perbualan di antara Abe dan Macron.

“Saya ingin mengelak daripada mendedahkan butir-butir perbualan di antara kedua-dua pemimpin,” beritahunya kepada wartawan.

“Namun saya faham siasatan dalam kes jenayah telah dijalankan oleh agensi siasatan bebas menerusi prosedur yang wajar berdasarkan penilaian pengadilan yang ketat seperti arahan mahkamah,” kata beliau. – AFP