BEIJING, 9 Jan – Video di sebalik tabir Presiden Perancis Emmanuel Macron yang bergelut untuk menyebut Bahasa Mandarin tentang slogan perubahan iklim beliau, ‘Jadikan Planet Kita Hebat Lagi” telah menyeronokkan pengguna media sosial China.
Rakaman kandid menunjukkan Macron bersin dan hairan bila untuk bernafas ketika beliau dengan tekun mengulangi frasa mengikut instruktor beliau, ketika seorang wanita memperkemaskan mekapnya dan dua orang lelaki yang dalam kebingungan yang berpakaian tentera memerhatikan.
Macron dapat menunjukkan kemahiran baru beliau dalam ucaptamanya tentang masa depan hubungan Sino-Perancis ketika singgah di bandar utara Xian semalam, titik permulaan Jalur Sutera lama.
Namun video yang memperlihatkan beliau belajar penyataan versi Bahasa Cina – sebagai gurauan terhadap slogan kempen Presiden AS Donald Trump “Jadikan Amerika Hebat” – telah membuatkan dia disayangi oleh para pengguna media sosial China.
“Rang” Macron berkata dalam klip itu yang dihantar ke Twitter lewat semalam.
“Ia seperti “Jean”, kemudian,” beliau berkata, merujuk kepada nama pertama Perancis itu bunyinya seperti frasa perkataan Bahasa Cina “rang”.
Berusaha untuk menyampaikan dengan teratur nada-nada sukar bahasa Mandarin, presiden bertanya: “Bila saya perlu menarik nafas?”
Dengan menyebutkan frasa, beliau berkata “rang diqiu zaici weida.” – Jadikan Planet Kita Hebat Lagi.
Macron yang fasih bertutur Bahasa Inggeris, menerima pujian di platform Weibo China, platform seperti Twitter, di atas usaha beliau itu hari ini.
“Presiden Macron benar-benar bersungguh-sungguh,” menurut satu komentar. “Untuk menyebarkan falsafah persekitaran beliau di China, beliau malah mempelajari bagaimana untuk menyatakan ‘Jadikan Planet Hebat Lagi,” dalam Bahasa Cina.” – AFP