Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Macron tiba untuk lawatan pertama ke Mongolia

    ULAANBAATAR, 21 MEI – Emmanuel Macron hari ini tiba di Mongolia untuk lawatan singkat namun simbolik, yang pertama oleh seorang presiden Perancis ke negara yang terletak di antara China dan Rusia yang mempunyai minat strategik yang semakin meningkat di Barat.

    Ketua negara Perancis itu mendarat di ibu negara Ulaanbaatar kira-kira jam 6:30 petang, menurut seorang jurugambar AFP yang dalam perjalanan bersama delegasinya, selepas menyertai sidang kemuncak G7 di Hiroshima, Jepun.

    Sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022, Perancis telah meningkatkan usahanya untuk bercakap dengan negara-negara yang tidak mengutuknya secara jelas, di mana Mongolia adalah salah satunya.

    Di Ulaanbaatar, di mana beliau hanya akan meluangkan masa pada waktu petang, Macron akan makan malam bersama Presiden Khurelsukh Ukhnaa, kata Elysee.

    Beliau juga akan melawat muzium Genghis Khan, yang dinamakan sempena penakluk Mongol abad ke-13, yang akan meminjamkan sebahagian daripada koleksinya kepada Muzium Sejarah Nantes di barat Perancis untuk pameran yang dijadualkan pada Oktober.

    Macron kemudiannya akan berlepas ke Paris pada penghujung malam.

    “Hakikat bahawa Mongolia terletak di laluan balik membolehkan kami membuat lawatan pertama yang bersejarah ini dan memberikannya makna yang istimewa,” kata sumber dalam rombongan Elysee. – AFP

    Macron (kiri) menerima sambutan tradisional sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chinggis Khaan di Ulaanbaatar pada 21 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...