Macron umum ‘debat kebangsaan’

PARIS, 14 Jan – Presiden Perancis, Emmanuel Macron semalam mendedahkan soalan yang menyokong ‘debat kebangsaan’ beliau, perlindungan awam yang bertujuan menghilangkan kemarahan ‘ves kuning’ selepas hampir dua bulan bantahan yang kadang kala bertukar menjadi bantahan ganas itu.

Macron membuat rayuannya dalam ‘sepucuk surat kepada Perancis’ yang dikeluarkan semalam, ekoran perhimpunan ‘ves kuning’ yang telah diadakan setiap Sabtu yang telah memasuki kali kesembilan di seluruh negara. Insiden itu menyaksikan pertambahan bilangan kehadiran dalam bantahan.

Bantahan telah menjadi krisis terbesar dalam jawatan Presiden Macron dan beliau berharap kembali kepada demokrasi yang lebih menggalakkan yang telah beliau janjikan dalam kempen beliau pada tahun 2017, akan memuaskan tuntutan para pembantah bagi hak bebas bersuara dalam pentadbiran negara ditengah tuduhan beliau terlalu menjauhkan diri dan dasar beliau memihak kepada yang lebih kaya.

Macron berkata perdebatan itu ‘sama ada pilihan raya mahu pun referendum’ akan berkisar sekitar 35 soalan berhubung isu-isu seperti percukaian, demokrasi, persekitaran dan imigresen.

“Saya berhasrat mengubah kemarahan menjadi penyelesaian,” beliau menyatakan dalam surat, yang dijangka disiarkan hari ini, tetapi dikeluarkan oleh pejabat beliau lewat semalam.

Beliau berkata “Cadangan anda akan membantu membina kontrak baharu bagi negara, mengaturkan tindakan kerajaan dan parlimen tetapi juga kedudukan Perancis di Eropah dan peringkat antarabangsa.”

Soalan-soalan yang akan didebatkan termasuklah “Pada pendapat anda cukai apakah yang seharusnya diturunkan terlebih dahulu?”, “Haruskah beberapa perkhidmatan awam yang lapuk atau yang terlalu mahal dimansuhkan?”, “Apakah cadangan konkrit yang anda fikir akan meningkatkan peralihan?” dan “Haruskan kita menggunakan lebih banyak referendum?” – AFP

Gambar fail pada 17 Disember 2018 menunjukkan reaksi Presiden Emmanuel Macron ketika menjawab soalan wartawan semasa menghadiri satu sidang media di Istana Elysee, Paris. – AFP