Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Madammu selamat melahirkan anak pertama

    Usahawan kosmetik Eriyca Baiduri selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi, baru-baru ini.

    Berkongsi perasaan selepas kelahiran itu, Eriyca, 33, atau lebih mesra disapa Madammu mengakui teruja dan bersyukur proses pembedahan bagi melahirkan anak damit itu berjalan lancar.

    “Alhamdulillah saya sangat teruja selepas selamat melahirkan anak damit ini.

    “Proses kelahiran berjalan lancar dan hanya mengambil masa selama 40 minit di bilik pembedahan,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Madammu bagaimanapun enggan mendedahkan jantina anaknya dan menunggu masa sesuai untuk memaklumkan kepada umum.

    Dalam pada itu, usahawan tersebut juga memberitahu dia melahirkan anak damit itu dua minggu lebih awal selepas mendapatkan nasihat doktor.

    Dia dan suami iaitu Muhammad Azri Che Noh, 44, tidak menolak cadangan pakar berkenaan, tambahan pula ia jatuh pada hari Jumaat. – Agensi

    Madammu teruja menyambut kelahiran anak damit pertama. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...