Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Maddison inspirasi kemenangan leicester

    LEICESTER, UNITED KINGDOM, 4 OKT – Brendan Rodgers berkata nasib Leicester sudah berubah selepas James Maddison memberi inspirasi kemenangan 4-0 mengatasi Nottingham Forest yang mengurangkan tekanan terhadap bos Foxes itu, sekali gus menghantar pencabar mereka ke kedudukan tercorot Liga Perdana semalam.

    Skuad kendalian Rodgers menewaskan Forest menerusi tiga gol dalam tempoh 10 minit separuh masa pertama di Stadium King Power.

    Maddison meledak antara jaringan Harvey Barnes dan Patson Daka pada babak kedua ketika Leicester menang kali pertama musim ini dalam lapan percubaan. Leicester telah tewas enam perlawanan awal menyebabkan Rodgers terpaksa bertarung untuk mengelak daripada dipecat kerana mengkritik pemilik dari kelab Thailand berikutan tidak menyokongnya dalam fasa perpindahan.

    Kemenangan dalam aksi tetangga East Midlands mampu memberikan Rodgers sedikit ruang untuk bernafas dengan skuad itu, kini satu tempat di atas Forest menerusi perbezaan gol.

    “Apabila awda tidak menang perlawanan, masalah akan datang kepada awda. Kami telah melalui musim panas yang teruk, itulah realitinya dan ia berterusan pada awal musim,” kata Rodgers.

    “Saya hanya perlu ingatkan pemain mengenai kemampuan mereka dan terus memberikan sokongan. Mereka perlu terus bertahan. Kami hanya perlu menukar keadaan malam ini dan kami berjaya melakukannya.”

    Forest kini tanpa kemenangan dalam enam perlawanan, tewas lima kali berturut-turut dan melepaskan 16 gol dalam empat perlawanan terakhir. – AFP

    Pemain Leicester, Harvey Barnes menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan menentang Nottingham Forest di Stadium King Power di Leicester, England pada 3 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...