Maddison tandatangani perjanjian baharu

LONDON, 25 OGOS – Pemain tengah Leicester, James Maddison telah menandatangani kontak baharu selama empat tahun sekali gus melenyapkan perbincangan mengenai perpindahan keluar dari Stadium King Power, kelab Liga Perdana Inggeris mengumumkan kelmarin.

Maddison telah dikaitkan perpindahan ke Manchester United, tetapi pemain kebangsaan England telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya bersama Leicester selepas bersetuju dengan perjanjian baharu dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 100,000 pound seminggu.

Pemain berusia 23 tahun, yang menyertai Leicester dari Norwich pada 2018, kini kekal bersama kelab sehingga 2024.

“Saya gembira untuk menandatangani kontrak baharu bersama kelab bola sepak ini,” Maddison memberitahu laman web Leicester.

“Ini saat yang paling teruja untuk menjadi pemain Leicester City de-ngan begitu banyak perkara positif berlaku di dalam dan luar padang dan saya gembira menjadi sebahagian daripadanya.”

Dengan Maddison diketepikan selepas menjalani pembedahan pinggang semasa minggu terakhir musim, Leicester terlepas peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara selepas gagal menamatkan di kedudukan empat teratas.

Mereka akhirnya menduduki tempat ke lima dan layak bersaing dalam Liga Eropah 2020/2021. Pemain bek kiri kebangsaan England, Ben Chilwell dilaporkan akan menyertai Chelsea. Tetapi Maddison, yang menjaringkan sembilan gol dalam seluruh kejohanan musim lalu, yakin bahawa Leicester masih mempunyai masa depan yang cerah di bawah bimbangan Brendan Rodgers. – AFP