Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Madeleine Albright meninggal dunia

    WASHINGTON, 24 MAC – Madeleine Albright, wanita pertama yang berkhidmat sebagai diplomat tersohor Amerika, meninggal dunia pada usia 84 tahun, umum keluarganya kelmarin.

    Albright meninggal dunia akibat kanser dan “ditemani oleh keluarga dan rakan-rakan” ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya, menurut keluarganya.

    “Kami kehilangan ibu, nenek, kakak, ibu saudara dan kawan yang penyayang,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan keluarga itu di laman sosial Twitter.

    Albright dilahirkan di bekas Czechoslovakia dan datang ke Amerika Syarikat (AS) sebagai pelarian di usia 11 tahun pada 1948. Kerjayanya terus meningkat ke peringkat tertinggi dalam penggubalan dasar Amerika, berkhidmat sebagai setiausaha negara wanita pertama dari 1997 hingga 2001 di bawah bekas Presiden Bill Clinton.

    Beliau sebelum itu pernah berkhidmat sebagai duta Clinton ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1993 hingga 1997. Albright dianugerahkan Pingat Kebebasan, penghormatan awam tertinggi AS, oleh bekas Presiden Barack Obama pada 2012. – Bernama

    Gambar fail Madeleine Albright bercakap kepada wartawan di Rumah Putih. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...