Madhuri Dixit dikecam abaikan peminat

Pesohor dunia hiburan Bollywood, Madhuri Dixit dikecam segelintir pengguna media sosial keran tidak melayan permintaan bergambar swafoto daripada seorang peminatnya.

Menerusi sebuah video pendek yang dikongsi The Hindustan Times, Madhuri hanya menyebut perkataan ‘Aaaaa’ kepada permintaan peminat yang mahu berswafoto dengannya sebelum masuk ke kereta.

“Madam, boleh kita bergambar, selfie,” tanya suara peminatnya. Namun permintaan tersebut diabaikan Madhuri. Kejadian tersebut berlaku baru-baru ini di hadapan sebuah restoran di Mumbai, India.

Tindakannya mengabaikan permintaan tersebut mengundang kritikan dalam kalangan warganet kerana bintang Faem Game itu sempat menghabiskan masa memberi pose kepada paparazi.

Madhuri dilihat bukan sahaja memberi pose, tetapi melambai dan terlihat sangat mesra saat paparazi merakamkan aksinya secara solo dan berdua dengan suaminya, Doktor Shriram Nene selepas dari sebuah restoran.

Pengguna media sosial kemudian beramai-ramai menyifatkan aktres berusia 55 tahun itu sebagai sombong dan lupa dirinya popular selama ini kerana sokongan dan kecintaan peminat. – Agensi

Madhuri Dixit dikecam segelintir pengguna media sosial keran tidak melayan permintaan bergambar swafoto daripada seorang peminatnya. – Agensi