NEW YORK, 6 April – Restoran kontemporari New York, Eleven Madison Park dinobatkan sebagai pemenang 50 senarai Restoran Terbaik Dunia tahunan 2017.
Dikendalikan oleh chef kelahiran Switzerland, Daniel Humm di dalam sebuah bangunan deko seni mewah di Daerah Flatiron, restoran tersebut mengalahkan pemenang 2016, Itali Osteria Francescana, yang berada di tempat kedua.
Restoran Sepanyol El Celler De Can Roca muncul di tempat ketiga dan warga kelahiran Perancis Dominique Ansel New York – yang menciptakan donat ‘cronut’ dan fusion croissant – memenangi chef pastri terbaik.
Restoran Perancis, Mirazur – di bandar Riviera Menton – muncul di tempat keempat.

“Saya tidak tahu bagaimana saya rasai ketika ini tetapi saya gembira,”, kata Humm yang telah dipuji kerana kepelbagaian hidangan menu yang mempamerkan sejarah dan masakan tradisi New York yang kaya.
“Saya amat berbangga berada di sini,” katanya semasa majlis gemilang di Melbourne, Australia.
“Apabila saya mula memasak 25 tahun yang lalu, saya tidak pernah bermimpi saya akan berada di tahap ini.” – AFP