Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Madonna hasilkan filem tentang kisah hidupnya

    Bintang terkenal dunia, Madonna (gambar) memilih untuk menghasil-kan sendiri filem biografi mengenai kisah hidupnya.

    Perkara itu dibuat kerana Madonna enggan mendapat campur tangan daripada pihak luar terutama golongan lelaki antiwanita.

    “Saya memiliki kehidupan luar biasa. Jadi saya yang seharusnya menghasilkan sendiri filem itu.

    “Ini juga langkah pencegahan supaya tiada sesiapa yang akan campur tangan lebih-lebih lagi lelaki antiwanita,” katanya.

    Penyanyi berusia 63 tahun itu turut menggalas peranan sebagai pengarah dan penulis skrip bersama Diablo Cody (Juno).

    Madonna turut memberitahu filem tersebut akan diselitkan dengan unsur muzikal.

    “Muzik membuatkan hidup saya terus berjalan dan seni inilah yang membuatkan saya tetap hidup,” ujarnya.

    Aktres Julia Garner dilaporkan akan memegang watak sebagai Madonna.

    Selain Garner, barisan nama lain seperti Florence Pugh, Alexa Demie, Odessa Young, Bebe Rexha dan Sky Ferreira turut beraksi.

    Terdahulu Madonna pernah menen-tang tindakan Universal Pictures yang dikhabarkan ingin menghasilan filem biografi tentang dirinya pada 2017.- Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...