Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Madrid bertemu Chelsea, City lawan Bayern di UEFA

    SWITZERLAND, 17 MAC – Real Madrid akan merintis jalan untuk merebut gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) lagi, tetapi kelab Sepanyol itu harus berdepan Chelsea di peringkat separuh akhir untuk kali kedua berturut-turut. Undian yang dibuat hari ini membawa jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, kembali menghadapi bekas kelabnya yang telah tersingkir pada tahun lepas dengan gol Karim Benzema pada masa tambahan.

    Kali ini, perlawanan pertama antara dua juara Liga Juara-Juara Eropah akan dimainkan di Madrid dan bukannya di London pada 11 atau 12 April.

    Pep Guardiola, pengurus Manchester City, juga akan kembali berjumpa dengan bekas kelabnya. Juara Liga Inggeris itu akan bertemu dengan Bayern Munich, yang telah menang dalam semua lapan perlawanan dalam pertandingan itu musim ini dan akan bermain perlawanan pertama di luar negara.

    Pemenang di antara Manchester City dan Bayern Munich akan melangkah ke separuh akhir perlawanan dan bakal berdepan sama ada Real Madrid ataupun Chelsea.

    Separuh lagi daripada undian tersebut didominasi oleh kelab-kelab Itali dengan kemungkinan derby Milan di separuh akhir. AC Milan akan menghadapi Napoli, yang memimpin papan klasifikasi Serie A dan membuat penampilan sulung mereka di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah atau Piala Eropah. Perlawanan pertama akan berlangsung di San Siro.

    Sementara itu, jadual perlawanan pertama akan diadakan pada 11 dan 12 April.

    Perlawanan kedua pula dijadualkan pada 18 dan 19 April. Manakala perlawanan separuh akhir akan berlangsung antara 9 Mei hingga 17 Mei dan penentuan final pula dijadualkan pada 10 Jun di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul. – AP

    Karim Benzema meraikan gol bersama Vinicius Junior semasa perlawnanan menentang Liverpool pada 15 Mac lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...