Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Madrid ingin kekalkan momentum kemenangan

    MADRID, 9 OGOS – Real Madrid ingin memulakan musim baharu sama seperti cara mereka menamatkan musim lalu iaitu dengan memenangi trofi.

    Madrid memenangi Liga Juara-Juara dalam perlawanan terakhir mereka musim lalu, dan esok akan memulakan musim mereka dengan menentang juara Liga Europa, Eintracht Frankfurt dalam pertemuan Piala Super UEFA di Helsinki, Finland.

    Ia akan menjadi perlawanan kompetitif pertama buat kedua-dua pasukan sejak aksi final Piala Eropah 1960, di mana Madrid memenangi gelaran Eropah kelima berturut-turut ketika itu dengan keputusan 7-3 di Hampden Park, Glasgow.

    Madrid kini memburu gelaran Piala Super kelima, dan yang pertama sejak 2017, sementara Frankfurt akan membuat penampilan sulung di Piala Super selepas berjaya menewaskan Rangers melalui penentuan penalti di aksi akhir Liga Europa. Kemenangan tersebut menamatkan penantian 42 tahun kelab Jerman itu untuk meraih trofi Eropah.

    Madrid menamatkan musim lalu dengan kedudukan selesa selepas memenangi La Liga dan berjaya bangkit daripada persembahan hambar untuk mara ke pusingan kalah mati di Liga Juara-Juara. Mereka akhirnya berjaya merangkul piala Eropah ke-14 dalam pertemuan akhir menentang Liverpool.

    Pasukan gergasi Sepanyol itu tidak membuat banyak perubahan menuju musim 2022-2023, dipimpin oleh Karim Benzema susulan musim terbaiknya bersama kelab. Vinicius Junior dan Rodrygo akan turut kembali di bahagian serangan, dan pemain tengah kekal menyaksikan kelibat Casemiro, Luka Modric dan Toni Kross. Madrid turut menambah baik pasukan dengan membawa masuk Antonio Rudiger dan pemain tengah Aurelien Tchouameni.

    Sementara itu, Isco Alarcon dan Gareth Bale sudah meninggalkan kelab selepas kontrak mereka tamat, tetapi kelab tidak menggantikan mereka meskipun kecewa gagal membeli Mbappe dari Paris Saint-Germain. Sebaliknya Madrid berharap Benzema mampu mempamerkan satu lagi musim yang mengagumkan. – AP

    Aksi Karim Benzema semasa pertemuan peringkat akhir Liga Juara-Juara musim lalu menentang Liverpool. Madrid berharap Benzema mampu mempamerkan satu lagi musim yang mengagumkan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...