Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Madrid kejar rapat pendahulu liga

    BILBAO, SEPANYOL, 23 JAN – Gol yang dijaringkan oleh Karim Benzema dan Toni Kroos mengekalkan Real Madrid dekat di belakang Barcelona dalam La Liga dengan kemenangan 2-0 menentang Athletic Bilbao kelmarin.

    Selepas pasukan Catalan menewaskan Getafe 1-0, juara bertahan Madrid memenangi pertembungan sengit di San Mames untuk kekal tiga mata di belakang saingan mereka.

    Benzema memecah kebuntuan dengan sepakan hebat pada separuh masa pertama manakala Kroos menjaringkaan gol kedua untuk melenyapkan harapan Athletic.

    Selepas tewas dalam Piala Super Sepanyol kepada Barcelona hujung minggu lalu, kebimbangan semakin meningkat, tetapi kebangkitan semula menentang Villarreal pada Khamis lalu memulihkan kerisauan tersebut.

    Kemenangan di Bilbao akan lebih meyakinkan penyokong Los Blancos, menjelang pertembungan derbi dalam saingan piala bertemu Atletico Madrid minggu depan.

    Reaksi Karim Benzema, meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan di stadium San Mames di Bilbao, Sepanyol. – AP

    “Sudah jelas kami bertahan dengan baik sekali lagi, rapat dan mantap,” kata jurulatih Real Carlo Ancelotti kepada DAZN.

    “Dengan mendahului perlawanan kami perlu bertahan, dan kami berjaya melakukannya. Kami tidak memberikan peluang dan akhirnya kami meraih kemenangan.”

    Madrid telah memperolehi lapan gol dalam empat perlawanan sebelum ini pada semua kejohanan, tetapi walaupun ketiadaan David Alaba dan Aurelien Tchouameni akibat kecederaan, mereka jauh lebih mantap.

    Menjangkakan pertembungan fizikal dengan Basques, Ancelotti menggantikan pemain tengah, Luka Modric dan Kroos, memilih untuk membarisi Eduardo Camavinga dan Fede Valverde sebagai sebahagian daripada trio tengahnya.

    Dani Ceballos, Nacho Fernandez dan Marco Asensio juga bermula selepas aksi cemerlang mereka menentang Villarreal.

    Athletic bermula dengan baik tetapi Benzema meletakkan Madrid di hadapan hasil tandukan Asensio ke arahnya.

    Ia adalah gol La Liga ke-228 Benzema, menyamainya dengan Raul Gonzalez sebagai penjaring terbanyak kedua Madrid dalam pertandingan itu, dengan Cristiano Ronaldo mendahului dengan 311.

    “Apa yang Karim telah lakukan adalah suatu yang luar biasa, dia banyak membantu kami dengan golnya, semangatnya berkobar-kobar untuk kami,” kata Nacho kepada DAZN.

    Tuan rumah berjuang bersungguh-sungguh untuk menyamakan kedudukan tetapi dimusnahkan oleh Kroos, yang menendang bola dari tepi kotak penalti untuk melengkapkan kemenangan Madrid pada minit ke-90.

    Athletic menduduki tempat kelapan, lima mata di bawah tempat kelayakan Liga Juara-Juara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...