Madrid menang tipis, rindu kreativiti Hazard

MADRID, 1 OKT – Real Madrid merindukan kreativiti Eden Hazard yang masih mengalami kecederaan setelah Madrid hanya berjaya menjaringkan satu gol dari pemain gantian, Vinicius Junior yang memberikan mereka kemenangan 1-0 ke atas Real Valladolid semalam.

Vinicius memanfaatkan peluang hasil daripada beberapa kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan Valladolid di dalam petak penalti.

“Kami tahu kami harus memperbaiki diri dan kami akan melakukannya,” kata Zinedine Zidane.

Jovic masih dibenarkan meninggalkan kelab sebelum jendela perpindahan ditutup pada Isnin ini dan dia kelihatan kecewa kerana peluangnya menjaringkan gol disia-siakan dan terlepas kepada Vinicius untuk memberikan kemenangan kedua buat Madrid musim ini. Namun kekurangan gol disebabkan ketiadaan Hazard yang mengalami kecederaan otot di kaki kanannya. – AFP

Reaksi penyerang Real Madrid, Vinicius Junior (kanan) ketika meraikan jaringannya semasa perlawanan antara Real Madrid menentang Real Valladolid FC di Stadium Alfredo di Stefano,Valdebebas, semalam. – AFP