Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Madrid tewaskan Valencia

    MADRID, 3 FEB – Real Madrid mengurangkan mata yang dikutip Barcelona dalam La Liga kepada lima mata dengan kemenangan 2-0 ke atas Valencia kelmarin, hasil jaringan menakjubkan daripada Marco Asensio dan Vinicius Junior.

    Kedua-duanya mencetak gol pada babak separuh masa kedua dengan jarak hanya tiga minit yang mengejutkan pasukan pelawat di Santiago Bernabeu, dan Valencia kemudiannya hanya bermain dengan 10 orang apabila Gabriel Paulista melakukan serangan kasar di Vinicius.

    Madrid mendominasi keseluruhan permainan tetapi Karim Benzema dikeluarkan akibat kecederaan pada separuh masa kedua dengan masalah paha dan Eder Militao juga digantikan atas sebab yang sama. Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mengesahkan kecederaan Benzema hanyalah ringan tetapi Militao akan terlepas perlawanan Ahad untuk menentang Real Mallorca alibat kecederaan itu.

    Perlawanan itu mungkin akan dikenang kerana dilayang kad merah atas kekasaran Gabriel ke atas Vinicius, yang menjaringkan gol ke-50 untuk Madrid pada penampilan ke-200nya pada usia 22 tahun. Jurulatih sementara Valencia, Voro, mengambil alih buat kali kelapan selepas Gennaro Gattuso berundur atas persetujuan bersama pada Isnin, menyukarkan lagi keadaan Valencia pada malam itu.

    Valencia menduduki tempat ke-14, hanya satu mata di depan zon penyingkiran, dan kini akan tanpa pemain pertahanan berpengalaman Gabriel. “Kami mempunyai separuh masa pertama yang baik, itu adalah rancangan kami, meninggalkan mereka sedikit ruang, tetapi pada babak kedua ia lebih sukar untuk kami,” kata pemain Valencia, Hugo Guillamon kepada DAZN. – AFP

    Pertahanan Valencia, Dimitri Foulquier (kiri) bersaing dengan penyerang Real Madrid, Vinicius Junior semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol di stadium Santiago Bernabeu di Madrid. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...