Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maduro gesa tentera perangi perancang kudeta

    CARACAS, 3 Mei – Presiden Venezuela Nicolas Maduro semalam menggesa angkatan bersenjata supaya menentang mana-mana “perancang kudeta” selepas satu pemberontakan tentera yang menyokong pemimpin pembangkang Juan Guaido lenyap, dan pertempuran jalan seterusnya menyebabkan empat pembantah terbunuh.

    Pada Selasa, Guaido – yang telah diiktiraf oleh lebih daripada 50 negara sebagai presiden sementara negara yang dibelenggu oleh krisis – menyeru angkatan bersenjata supaya bangkit menentang pemimpin itu.

    Segelintir orang mengendahkan permintaan beliau, tetapi gerakan gagal mencapai hasrat mereka – kepimpinan tentera mengesahkan sokongan mereka terhadap kerajaan, dan Maduro tidak berganjak daripada kedudukannya meskipun menerima tekanan antarabangsa.

    “Ya,kami sedang bertempur – mengekalkan semangat moral kami dalam pertempuran ini untuk melucutkan senjata mana-mana pengkhianat, mana-mana perancang rampasan kuasa,” kata Maduro semalam pada satu acara bersama pemimpin tentera, di mana beliau dikelilingi oleh tentera.

    Dalam pada itu, Mahkamah Agung Venezuela semalam turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Leopoldo Lopez (gambar bawah), seorang pemimpin pembangkang terkemuka yang didakwa menjadi sebahagian daripada gerakan untuk menggulingkan Maduro, lapor agensi berita Turki Anadolu.

    Lopez telah dibebaskan daritahanan rumah pada Khamis oleh angkatan bersenjata yang setia kepada Juan Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden. – AFP/Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda