Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    MAF tingkat kesedaran HIV, AIDS

    KUALA LUMPUR, 16 Julai – Yayasan AIDS Malaysia (MAF) akan mempergiatkan kempen kesedaran HIV dan AIDS berikutan peningkatan kes HIV dalam kalangan anak muda pada tahun lepas, kata pengerusinya Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

    Berdasarkan data diperoleh daripada Kementerian Kesihatan, beliau berkata golongan muda berusia antara 20 hingga 29 tahun mencatat kes HIV tertinggi iaitu 1,356 kes tahun lepas berbanding 1,232 kes pada 2015.

    “Golongan yang menjalin hubungan seks sejenis (homoseksual), mengamalkan hubungan seks rambang secara tidak selamat (tidak menggunakan kondom) serta penagih mencatat peningkatan kes HIV tahun lepas dan angka ini sangat membimbangkan,” katanya pada sidang media selepas acara larian ‘Hot and Cold’ anjuran MAF dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) hari ini.

    Turut hadir ialah Duta Yayasan AIDS Malaysia yang juga pelakon, Fahrin Ahmad dan penyanyi Najwa Latif.

    Para peserta ‘Hot and Cold’ memulakan larian dalam aktiviti anjuran Yayasan AIDS Malaysia dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) di Universiti Malaya kelmarin. – Bernama
    Para peserta ‘Hot and Cold’ memulakan larian dalam aktiviti anjuran Yayasan AIDS Malaysia dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) di Universiti Malaya kelmarin. – Bernama

    Dr Adeeba berkata lagi, selain menyuntik kesedaran mengenai penyakit HIV dan AIDS, program larian ‘Hot and Cold’ yang pertama kali diadakan di UM itu turut mengumpul dana bagi membantu golongan pesakit HIV dan AIDS.

    Dalam pada itu, beliau berkata MAF juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membantu pesakit beragama Islam menerusi bantuan Baitulmal dan zakat, di samping memberi kesedaran rohani. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda