LUSAKA, 19 Julai – Maghribi bercadang untuk membuka kedutaan di Zambia pada September untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara, kata seorang pegawai yang mengadakan lawatan kelmarin.
Menteri Negara Luar Negeri Maghribi, Mounia Boucetta berkata kedutaan itu akan di-pimpin oleh seorang anggota.
Menteri berkenaan ketika mengadakan lawatan tersebut berkata terdapat keperluan dua negara untuk melakukan pelan tindakan untuk melaksanakan perjanjian 19 bilateral yang berhasil ditandatangani di antara kedua negara ketika Raja Maghribi Muhammed VI mengunjungi Zambia pada Februari tahun ini.
Lawatan itu, katanya, membawa era baru dalam hubungan antara kedua-dua negara, sambil menambah bahawa 19 perjanjian akan meningkatkan hubungan.
Menurutnya, kedua negara berkongsi visi dan hasrat bersama untuk mewujudkan keamanan, kestabilan dan penghormatan kedaulatan setiap negara di Afrika. – Xinhua