Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Maghribi lancar agensi kawal ganja perubatan

    RABAT, 3 JUN – Agensi kawal selia kebangsaan Maghribi yang mengawasi penggunaan kanabis bagi kegunaan perubatan, bertemu buat kali pertama kelmarin dalam salah satu langkah terakhir sebelum meluluskannya di negara pengeluar resin ganja terkemuka dunia.

    Negara Afrika Utara menerima undang-undang pada 2021 yang membenarkan penggunaan sementara ganja untuk tujuan perubatan, kosmetik dan perindustrian serta menugaskan agensi kebangsaan untuk mengawasi proses tersebut.

    Dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Abdelouafi Laftit, Agensi Kebangsaan bagi Pengawalseliaan Aktiviti Ganja telah meluluskan carta organisasi dan belanjawannya untuk tahun 2022. Agensi itu akan bertanggungjawab untuk mengawal semua peringkat rantaian pengeluaran, daripada pengimportan benih kepada pemasaran produk ganja.

    Ia juga termasuk menyelia prosedur pelesenan bagi pengendali nasional dan antarabangsa dalam industri ganja yang sah. Agensi itu juga dilaporkan akan menubuhkan sebuah koperasi petani tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...