Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Maghribi mimpi ngeri Belgium

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Siapa sangka pasukan ranking kedua FIFA, Belgium akan dimalukan oleh Maghribi pada perlawanan peringkat kumpulan F baru-baru ini yang bertempat di Stadium Al Thumama, Doha.

    Bukan itu saja, pasukan Maghribi juga ternyata mempamerkan permainan yang cukup bertenaga dari awal hingga ke wisel penamat dari semua penjuru sama ada di bahagian serangan mahu pun di bahagian pertahanan yang menjadikan barisan pemain handalan Belgium sukar untuk menjaringkan gol.

    Keputusan akhir 2-0 yang menyebelahi pasukan Maghribi boleh saja menjadi 3-0 setelah gol yang dihasilkan pada babak pertama tidak dikira oleh pengadil perlawanan kerana ofsaid.

    Kedua-dua gol Maghribi dihasilkan pada babak kedua perlawanan yang dijaringkan oleh Romain Saiss pada minit ke-73 dan Zakaria Aboukhlal pada masa tambahan.

    Meskipun penguasaan bola berpihak kepada pasukan Belgium, ternyata jentera serangan mereka gagal membuat penyudah setelah penjaga gol Maghribi, Munir Mohand Mohamedi beraksi cemerlang.

    Kini, Belgium berada di tempat ketiga dalam kumpulan F dengan kutipan tiga mata sekali gus berada di belakang Croatia dan Maghribi dengan pungutan empat mata. Mampukah pasukan Belgium mara ke peringkat selanjutnya yang berbaki hanya satu perlawanan?

    Segalanya bergantung pada perlawanan menentang Croatia pada 1 Disember depan di mana Belgium perlu memenangi perlawanan itu untuk mara ke kelompok 16 terakhir edisi Piala Dunia FIFA 2022.

    Aksi Zakaria Aboukhlal menjaringkan gol kedua Maghribi semasa menentang Belgium dalam aksi Kumpulan F, Piala Dunia Qatar, di Stadium Al Thumama, Doha, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...