Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Magic tamatkan rentak kemenangan Boston

    MIAMI, 24 JAN – Pilihan draf nombor satu, Paolo Banchero menjaringkan 23 mata ketika Orlando Magic menamatkan rentetan sembilan kemenangan Boston Celtics dengan kemenangan 113-98, kelmarin.

    Orlando, yang merosot tiga anak tangga dari kedudukan bawah Eastern Conference dengan rekod 17-29 sebelum perlawanan kelmarin, mengambil kesempatan sepenuhnya daripada
    krisis kecederaan Boston untuk melengkapkan kemenangan di Pusat Amway di Florida.

    Celtics yang mendahului liga kehilangan pemain pertahanan utama, Marcus Smart dan Robert Williams disebabkan kecederaan dan ketiadaan mereka terbukti ketika Orlando yang bersemangat meraih kemenangan.

    Banchero yang berusia 20 tahun itu menunjukkan kematangan melebihi usia mudanya untuk mengatur kemenangan Orlando, yang menyaksikan lima pemain Magic mencapai jumlah dua angka, dengan Wendell Carter Jr mencatat 21 mata manakala pemain Jerman, Franz Wagner 15 mata.

    “Bila-bila masa awda dapat bermain dengan pasukan peringkat kejuaraan, pasukan yang telah ke pusingan akhir, dan telah berada di tempat yang awda mahukan, awda mahu memberikan usaha terbaik awda dan memperoleh kemenangan,” kata Banchero selepas itu.

    “Itulah mentaliti saya, dan itulah mentaliti pasukan kami, dan kami mampu melakukannya.

    “Saya inginkan pergerakan saya tegas, apabila saya memutuskan untuk menyerang, apabila saya memutuskan untuk membuat percubaan dengan tidak memaksa apa-apa dan biarkan permainan datang kepada saya. Jadilah agresif dan tegas, dan menerima keputusan perlawanan.”

    Boleh dikatakan sumbangan paling mengagumkan datang dalam bentuk cameo selama 10 minit daripada Jonathan Isaac, membuat penampilan pertamanya dalam permainan NBA sejak Ogos 2020 selepas lebih dua tahun dibelenggu kecederaan.

    Isaac menamatkan dengan 10 mata, tiga rebound dan dua steal semasa kembali ke gelanggang dengan penampilan yang memberangsangkan. – AFP

    Aksi Markelle Fultz (kanan) semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...