Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Magis Bergwijn hancurkan kubu pertahanan Leicester

    LEICESTER, UNITED KINGDOM, 20 JAN – Antonio Conte berkata bahawa dia melihat semangat yang ingin diserapkannya kepada Tottenham selepas Steven Bergwijn menjaringkan dua gol ketika masa tambahan untuk mengejutkan Leicester dengan kemenangan 3-2 kelmarin.

    The Fox mengintai untuk merampas kemenangan itu semasa perlawanan berlangsung ketika Patson Daka dan James Maddison menyerang pasukan Harry Kane dengan menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama.

    Bagaimanapun, Bergwijn, yang belum menjaringkan gol dalam Liga Perdana musim ini, telah keluar dari bangku simpanan untuk merubah perlawanan dengan pengakhiran yang menakjubkan.

    Daripada sebaliknya mengalami kekalahan liga pertama Conte sejak mengambil alih pada November lalu, kemenangan melonjakkan Spurs di atas pasukan saingan utara London, Arsenal ke tempat kelima dan dengan jarak satu mata di tempat keempat, West Ham dengan tiga perlawanan dalam genggaman.

    “Saya fikir apa yang kami tunjukkan hari ini ialah kami tidak ingin menyerah kalah. Tidak akan,” kata jurulatih Itali itu. “Pemain tahu mengenai falsafah kami. Kami mesti berjuang hingga ke akhirnya dan mencuba mendapatkan hasil.”

    Perlawanan telah dijadualkan semula atas permohonan Leicester selepas mereka tidak berupaya menurunkan pemain dalam pasukan mereka pada Disember lalu disebabkan dengan kes koronavirus dan kecederaan.

    Pemain Brendan Rodgers kekal dengan kekurangan empat orang pemain yang bermain untuk Piala Negara-Negara Afrika serta dengan adanya senarai kecederaan yang panjang, tetapi hanya beberapa saat sebelum kemenangan yang akan mencetuskan harapan mereka sendiri untuk kejuaraan bola sepak Eropah pada musim hadapan.

    “Itu adalah peluang terbaik pada malam ini, tetapi awda mesti menjangkakannya,” kata Rodgers. “Saya tidak fikir Tottenham menang perlawanan ini, kami beri mereka tiga mata itu.” – AFP

    Reaksi Lucas Moura, Pierre-Emile Hojbjerg, Steven Bergwijn dan Ben Davies dari Tottenham meraikan kemenangan mereka semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Tottenham Hotspur di stadium King Power di Leicester, England, 19 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...