Magis Messi bawa barca ke suku akhir UCL

BARCELONA, 9 OGOS – Lionel Messi berjaya menjaringkan gol menerusi larian solo ketika Barcelona menundukkan Napoli tetapi mereka memerlukan sesuatu yang lebih istimewa dari ketua pasukan mereka untuk menewaskan Bayern Munich dalam perlawanan suku akhir.

Larian memukau Messi dan penyudah yang tenang hadir di antara gol hasil tandukan Clement Lenglet dan sepakan penalti Luis Suarez, yang turut dimenangi oleh Messi, apabila Barca berada di hadapan dengan kedudukan 3-0 pada separuh masa pertama di Camp Nou.

Tetapi Lorenzo Insigne memberikan Napoli talian hayat sebelum wisel separuh masa dibunyikan manakala persembahan yang kurang meyakinkan dari Barcelona pada separuh masa kedua dan mempertahankan kedudukan 3-1 sehingga tamat perlawan. Barca mara ke pusingan suku akhir dengan agregat 4-2.

“Gol kedua mungkin akan memberikan mereka perasaan membara yang boleh menyebabkan kita kecewa,” kata jurulatih Barca, Quique Setien.

“Ia adalah perkara biasa untuk merasa sedikit gementar.”

Reaksi Lionel Messi ketika meraikan gol bagi membantu Barcelona membenam Napoli di Camp Nou. – AP

Semasa dalam kotak penalti, Messi tercedera semasa pemain Napoli, Kalidou Koulibaly melakukan aksi kasar dan memerlukan rawatan.

“Itu adalah satu permainan yang keras,” kata Setien. “Ia memerlukan rawatan tetapi bagi saya itu tiada masalah.”

Selepas ketinggalan lima mata di belakang Real Madrid di La Liga, Barca menyambung semula kempen Liga Juara-Juara dengan keraguan mengenai prestasi pasukan dan masa depan jurulatih mereka.

Setien berkata Jumaat lalu bahawa dia tidak terfikir untuk meletak jawatan, tetapi kegagalan di Eropah, selepas kempen domestik yang tidak menentu akan menyebabkan dia dipecat.

Kemenangan ke atas Napoli sedikit sebanyak meringankan beban tetapi prestasi kurang keyakinan, malah Messi kelihatan kembali segar setelah tiga minggu berehat.

Napoli sepatutnya mengambil kesempatan atas rentak Barca tetapi setelah dibolosi pada awal minit telah menjejaskan harapan mereka. – AFP