Magis Messi tewaskan Bilboa

BARCELONA, 12 Jan – Gol ketiga daripada Lionel Messi menerusi sepakan percuma dalam beberapa perlawanan tahun ini memastikan Barcelona tempat dalam suku akhir Copa del Rey ketika pasukan itu menewaskan Athletic Bilbao 3-1 untuk mara menerusi agregat 4-3 semalam.

Gol ke-100 Luis Suarez bersama Barca dan sepakan penalti dari Neymar membatalkan pendahuluan Bilboa 2-1 pada perlawanan pertama, tetapi tandukan daripada Enric Saborit minit keenam pada separuh masa kedua nyaris membawa perlawanan ke masa tambahan.

Bagaimana pun, pada perlawanan pertama dan keputusan seri 1-1 di Villarreal pada Ahad lalu, Messi sekali lagi menjadi penyelamat Barca dengan satu lagi sepakan bebas yang menerjah gawang dalam laluan menewaskan Gorka Iraizoz.

“Sebab itu Messi adalah terbaik dunia,” Suarez memberitahu Barca TV. “Dia mengejutkan anda dengan sesuatu yang menarik dalam setiap perlawanan.”

Lionel Messi cuba dihalang oleh dua orang pemain Atletic Bilboa dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir kedua Copa del Rey di Camp Nou. – AFP
Lionel Messi cuba dihalang oleh dua orang pemain Atletic Bilboa dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir kedua Copa del Rey di Camp Nou. – AFP

Barca berada di bawah tekanan besar untuk memberikan kemenangan pertama mereka tahun ini ketika tercicir di Villarreal menyaksikan mereka ketinggalan lima mata di belakang Real Madrid di tangga teratas La Liga, yang juga memiliki satu perlawanan di tangan.

“Ia adalah penting bagi keyakinan kami. Kami mahukan dan memerlukan keputusan seperti itu,” tambah Suarez. “Kami bertenang, bekerja keras dan tahu keputusan akan datang.”

Persediaan terhadap perlawanan itu didominasi dengan perbincangan pengadilan kontroversi pada perlawanan pertama ketika Bilboa menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain, sementara itu rayuan sepakan penalti Barca tidak dilayan.

Dan terdapat lebih banyak kontroversi pada minit ke-26 apabila Neymar dengan silap dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid ketika memberikan umpanan bagi Suarez menyudahkan jaringan. – AFP