Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Magis Rooney sambung hayat United

    WASHINGTON, 18 Okt – Wayne Rooney meledak gol sepakan percuma menarik untuk membolehkan DC United mengatasi Toronto FC 1-0.

    Bekas bintang England dan Manchester United itu yang sejak kehadirannya di Washington berjaya mengubah prestasi kelab, melencong bola pada minit ke-18 untuk memastikan tiga mata penuh.

    Kemenangan itu meletakkan United empat mata mengatasi Montreal Impat, pesaing terdekat mereka untuk tiket playoff, dengan 47 mata daripada 32 perlawanan. Montreal di tangga ketujuh dengan 43 mata.

    United kini masih belum tewas dalam lapan perlawanan dan boleh menentukan nasib playoff mereka sendiri dengan dua perlawanan berbaki. United akan berdepan New York City FC Ahad ini disusuli Chicago pada 28 Oktober.

    Bekas kapten England berusia 32 tahun itu menyeru kerjaya Liga Perdana Inggeris awal tahun ini selepas meninggalkan Everton.

    Sebelum kedatangan Rooney, United di tangga tercorot dengan hanya dua kemenangan selepas 14 perlawanan, tetapi bangkit menghuni tangga teratas untuk menghidupkan kembali kelayakan ke playoff. – AFP

    Rooney meneruskan kecemerlangan dengan meledak gol sepakan percuma menarik untuk membolehkan DC United mengatasi Toronto FC 1-0. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda