Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Sempena dengan Sambutan Tahun Baharu Cina, Magnum Bandar Seri Begawan hari ini telah memperkenalkan promosi terbaharunya, ais krim Magnum Lunar Indulgence yang boleh didapati di cawangannya di Berakas.
Promosi itu memberikan para pelanggannya pilihan ais krim Magnum dengan toping yang baharu sempena promosi tersebut seperti Mandarin Orange, Cashew Nuts, Orange Pomelo Salsa, Roti Love Letters dan juga Peanut Cookies.