Maguire bakal buat rayuan mahkamah

ATHENS, 26 OGOS – Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire kelmarin dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama 21 bulan 10 hari setelah didapati bersalah menyerang seorang pegawai polis, rasuah dan tuduhan lain oleh mahkamah di Greece.

Pemain kebangsaan England, yang mengumumkan bahawa dia akan membuat rayuan, telah ditahan Khamis lalu selepas pergaduhan di sebuah kelab malam di Mykonos.

Dia telah dituduh melakukan serangan, mencederakan, penderaan lisan dan cuba memberi rasuah, kesemua tuduhan tersebut dinafikan oleh Maguire. Maguire, yang tidak hadir perbicaraannya di pulau Syros, Greece, dalam satu kenyataan memberitahu, “Setelah perbicaraan hari ini, saya telah mengarahkan pasukan undang-undang saya dengan segera untuk memberitahu mahkamah bahawa kami akan membuat rayuan.

“Saya kekal tabah dan yakin bahawa saya tidak bersalah dalam hal ini – saya, keluarga dan rakan saya merupakan mangsa. Manchester United telah memberikan sokongan terhadap pemain mereka.

“Harry Maguire mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibuat ke atasnya dan dia akan terus menegaskan bahawa dia tidak bersalah,” menurut kelab.

Maguire dijatuhkan hukuman penjara ter-tangguh selama 21 bulan dan 10 hari setelah didapati bersalah menyerang seorang pegawai polis, rasuah dan tuduhan lain oleh mahkamah di Greece. – AP

Kenyataan dari Old Trafford terus menerangkan alasan untuk membuat rayuan.

“Ia perlu mengambil maklum bahawa pendakwa raya telah mengesahkan tuduhan dan memberikan bukti sehari sebelum perbicaraan, memberikan pihak defendan sedikit masa untuk membuat persediaan.

“Permintaan untuk ditangguhkan kemudiannya ditolak. Atas dasar ini sejumlah besar bukti yang membantah tuduhan tersebut, pasukan undang-undang Harry Maguire akan mengemukakan rayuan untuk memberikan sebutan yang adil di kemudian hari.”

Hukuman tersebut ialah penggantungan selama tiga tahun.

Menurut laporan media, pergaduhan di kelab malam bermula selepas dikatakan adik perempuannya, Daisy telah disuntik dengan apa yang didakwa oleh pihak defendan yang mensyaki ia sebagai dadah.

Maguire telah ditahan bersama adik dan seorang rakan mereka selepas di bawa ke balai polis, di mana ada pertengkaran dengan pihak pendakwa yang menyebut Maguire menawarkan wang untuk dibebaskan.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun, yang membuat 26 penampilan bersama England, menghabiskan dua malam dalam tahanan polis sebelum diterbangkan pulang pada hujung minggu. – AFP