Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Maguire kembali cergas untuk beraksi

    MELBOURNE, 14 JULAI – Kapten pasukan Man United, Harry Maguire akan bersedia untuk berdepan Melbourne Victory selepas terlepas kemenangan 4-0 ke atas Liverpool, kata pengurus Erik ten Hag kelmarin sambil menggesa pasukannya untuk ‘menggunakan inisiatif’ mereka sendiri dengan ketiadaan Maguire.

    Pemain pertahanan England itu tidak diturunkan semasa perlawanan pertama jelajah pramusim Red Devils di Bangkok pada Selasa lalu selepas mengalami kecederaan dalam latihan.

    Sebagai gantinya, Raphael Varane, Victor Lindelof, Eric Bailly dan Alex Telles semuanya beraksi di pertahanan tengah Red Devils. Tetapi Ten Hag, yang mengambil alih tugas pada Mei selepas menamatkan kejayaan di Ajax, berkata bahawa Maguire harus bermain sekurang-kurangnya 45 minit di hadapan penonton yang dijangkakan mengerumuni Padang Kriket Melbourne.

    United menuju ke perlawanan pada Jumaat ini tanpa sebarang kebimbangan mengenai kecederaan. Walaupun kemenangan menentang pasukan kendalian Jurgen Klopp itu menandakan permulaan yang baik bagi Ten Hag, pengurus Belanda itu masih menghadapi cabaran besar untuk membina semula kelab Old Trafford yang belum memenangi sebarang trofi sejak 2017.

    Manakala itu, kehadiran penyerang bintang, Cristiano Ronaldo untuk menjadi sebahagian daripada rancangan tersebut masih belum dapat dipastikan dengan jelas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...