Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    ‘Mahal ke? Rasa macam okay’

    Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris menepis dakwaan harga tiket konsert Malai Solo yang bakal berlangsung di Istana Budaya antara 21 hingga 23 Oktober depan sebagai ‘cekik darah’.

    Noraniza atau mesra disapa Kak Ani berkata, harga diletakkan berbaloi dengan persembahan yang bakal dipertontonkan dan tidak banyak beza dengan harga konsert yang pernah diadakan sebelum ini.

    “Mahal ke? Saya rasa macam okay kerana ada buat rujukan harga tiket konsert Aina Abdul sebelum ini.

    “Harga tiket biasanya RM250 hingga RM1,200. Jadi, saya hanya tambah sedikit sahaja daripada harga yang pernah diletakkan penyanyi lain.

    “Lagipun nilai yang ditetapkan berbaloi dengan persembahan disajikan. Ini kerana saya menggunakan pengarah muzik, penari profesional dan teknologi terkini untuk menghangatkan persembahan,” katanya kepada media.

    Noraniza ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Malai Solo Noraniza Idris di Istana Budaya. Dalam majlis itu, penyanyi lagu Awallah Dondang itu turut mengumumkan penerimaan dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah.

    “Alhamdulillah, saya lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan Konsert Malai Solo. Bagaimanapun, saya masih mengalu-alukan penaja lain yang ingin membantu membiayai konsert ini,” katanya.

    Dianjurkan NIPV Managament Sdn Bhd, konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Noraniza menyanyikan 24 lagu termasuk medley yang merangkumi lagu-lagu berentak Irama Malaysia dan etnik kreatif. – Agensi

    Noraniza Idris menepis dakwaan harga tiket konsert Malai Solo sebagai ‘cekik darah’. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...