Kenyataan penyanyi Mahalini Raharja yang memberitahu dia bakal menjadi seorang warga kota Bandung mengundang perhatian peminat.
Kata-kata tersebut seolah-olah memberi gambaran dia dan kekasihnya iaitu penyanyi Rizky Febian yang berasal dari daerah itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
“Semoga bertemu lagi, selamat tinggal semua. Saya akan jadi orang Bandung tidak lama lagi,” ucap Mahalini ketika tampil membuat persembahan di sana.
Meskipun belum setahun menjalinkan hubungan cinta, Rizky dan Mahalini dilihat serius untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.
Rizky sebelum ini pernah bertemu keluarga Mahalini dalam sebuah acara di kediaman mereka di Bali.
Dalam masa sama, kedua bapa mereka juga pernah dipertemukan ketika sama-sama meluangkan masa bermain badminton. Hubungan Rizky dan Mahalini juga mendapat perhatian ramai kerana perbezaan agama antara mereka. – Agensi