Wednesday, October 9, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahalini terfikir untuk bersara menyanyi

    Penyanyi, Mahalini seakan-akan memberikan gambaran untuk bersara selepas nyanyiannya menerusi lagu rakaman semula Sampai Menutup Mata menerima kecaman ramai.

    Menurusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Mahalini dikatakan meluahkan isi hati dan memberikan gambaran lagu tersebut merupakan karya terakhir nyanyiannya.

    “Sekarang saya tengah berfikir sama ada ini merupakan karya terakhir saya ya? Rasanya sudah cukup, lebih baik saya mendekatkan diri dengan yang di atas (Allah) daripada terlalu fokus kepada duniawi,” katanya.

    Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Rizky Febian ini turut memberitahu dia sudah penat dan mahu lebih tenang di rumah menjadi suri rumah yang menguruskan perihal keluarga.

    “Rasanya saya sudah penat dan ingin tenang-tenang sahaja di rumah jadi suri rumah yang menjaga anak-anak,” ujarnya.

    Mahalini dikecam gara-gara menyanyikan semula lagu Acha. – mStar

    Perkongsian itu turut mendapat perhatian sebuah akaun gosip di Instagram yang memuat naik semula hantaran penyanyi lagu Sial ini.

    Menjengah di ruangan komen, luahan penyanyi tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet termasuk ada yang bersetuju sekiranya Mahalini memberikan fokus kepada rumah tangganya.

    “Kalau memang sudah banyak duit memang lebih senang duduk di rumah sahaja Mahalini, biar suami sahaja yang kerja.

    “Impian saya juga, duduk di rumah uruskan anak-anak. Penat kalau jadi isteri dan kena bekerja pula,” tulis warganet.

    Pada Jumaat lalu, Mahalini melancarkan lagu Sampai Menutup Mata yang sebelum ini dinyanyikan oleh penyanyi Acha Septriasa.

    Lagu tersebut merupakan runut bunyi bagi filem Heart namun versi nyanyian Mahalini tidak dapat memuaskan hati warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda