Maharaja Jepun pindah ke Istana Diraja

TOKYO, 21 SEPT – Maharaja Jepun Naruhito bersama isteri Permaisuri Masako dan anakandanya Puteri Aiko selamat berpindah ke Istana Diraja di pusat bandar Tokyo, selepas lebih dua tahun menaiki takhta, lapor Sputnik memetik penyiar NHK hari ini.

Proses berpindah bermula pada 6 September dan selesai sepenuhnya pada Isnin.

Naruhito ditabalkan pada 1 Mei 2019, setelah ayahandanya Akihito, melepaskan takhta atas faktor usia dan kesihatan, sekali gus menjadikan baginda maharaja Jepun pertama yang melepaskan takhta dalam tempoh lebih 200 tahun. – Bernama